Tuesday, 11 June 2013

HARI KETIGA DI UITM KUALA PILAH

cerita ni dapat kat myhappy..best untuk dikongsi
###################################################################################

SEBIJI BURGER BOLEH MENJADI TELADAN KEPADA KITA

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya. 

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah. 

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… 

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. 

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu. 

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah. 

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata… 

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger. 

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya. 

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi. 

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh. 

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu. 

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya. 

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir… 

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.” 

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.” 

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari… 

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya. 

Fidah terus menangis di tangan maknya… 

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan. 

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita? 

Saturday, 8 June 2013

mencari kata2 peransang

ARTI KETULUSAN KETIKA MENCINTAI

Wanita : Jangan jadikan aku sebagai makmum-mu.
Lelaki : Tidak! Aku sudah berketetapan hati menjadikan Ukhty sebagai makmumku.

Wanita : Tidakkah engkau tahu, dulu aku banyak dipeluk lelaki lain?
Lelaki : Aku tidak peduli. Akulah lelaki terakhir yang akan memelukmu dengan penuh kasih sayang.

Wanita : Kamu adalah bukan cinta pertamaku.
Lelaki : Akan aku jadikan engkau cinta terakhirku.

Wanita : Ketahuilah sudah banyak lelaki yang pernah menyentuh tubuhku.
Lelaki : Aku juga tak peduli. Karena yang aku inginkan adalah untuk menyentuh hatimu.

Wanita : Banyak juga lelaki yang menganggapku sebagai pelacur.
Lelaki : Tapi aku menganggapmu wanita yang baik. Dan akan membawamu menjadi makmum yang terbaik.

Wanita : Aku adalah wanita tak pantas untuk dicintai lelaki sebaik dirimu!! Aku juga tak cantik seperti mereka!!" ucapnya sambil terisak berurai air mata.

Lalu lelaki itumenatap mata wanita tersebut dalam-dalam, sambil tersenyum ia berkata :

"Aku bukanlah Lelaki yang hanya ingin mencintai kecantikanmu, tapi yang aku cintai adalah hatimu. Semata-mata bukan karena yang lain. Akan tetapi tulus aku mencintaimu karena Allah SWT."

Bismillah.. Gabung Yuk di Fp ini : Kaligrafi untuk membaca : " ‘BERLARI’ SECEPAT NABI MUHAMMAD SAW: Menembus Batas Langit Perjalanan Isra Mi’raj"

Insya Allah Bermanfaat

Friday, 7 June 2013

29 rejab

assalamualaikum...
nak menulis disini tetapi malas nak menaip dan tak tau nak meluahkan mcam mana...hari ini jumaat datang lagi.cepat sungguh masa berlalukan...pejam celik-pejam celik dah nak dekat final exam..rasa macam baru ja masuk u tuk sem ni-----  tau tau dah nak abis..hari ini berlaku mcam2 kot...aku tak tau apa yang berlaku pada aku..aku ini terlebih gedik atau apa rrrr.ya allah engkau berilah petunjuk kepada aku yallah..engkau jadikan aku seorang pelajar yang lebih bertanggungjawab ya allah ..anak yang boleh berkongsi segalanya dengan family..tapi ya allah aku rasa tak mampu untuk  menggharungi hidup ini..aku mcam cuba menidakkan hukum mu yallah..aku amat takut kepada dunia yang kejam ini yallah..tapi aku lagi tak sanggup untuk menerima siksaan mu disana ya allah...puas kali ini tanpa mak...dulu sebelum puasa aku sakit teruk..adamak untuk jaga tapi aku tak hargainya pun..aku bukannya pandai nak tuuunjukkan perasaan kasih sayang yang ada dalam diri ini,....ya allah engkau bantulah hamba mu ini dalam mengharungi hidup yang penuh dengan tipu daya ini ya allah...........