Wednesday, 29 May 2013

 Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini, Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan beryukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur!

 Tatkala diri kita jatuh tersungkur...hanya pada allah tempat kita mengadu...tatkala diri kita dilanda kesunyian hanya pada allah tempat kita meluahkan perasaan...tatkala diri kita dihina,dipandang rendah oleh orang lain hanya pada allah tempat kita meraih kekuatan....ujian yg datang sememangnya pahit untuk ditelan tetapi tanpa ujian dariNya tak mungkin kita akan matang dalam kehidupan...bersabarlah dengan ujian yg diturunkanNya kerana kelak kemanisan pasti milik kita

Photo

Thursday, 23 May 2013

14 REJAB 1434

jumaat...dah masuk 14 rejab pun...sat sangat masa berlalu..bulan puasa yang bakal menyusul lagi dua bulan...ramadan kali ini tanpa mak dirumah...semua dalam perancangan ALLAH S.W.T .kita hanya manusia biasa yang tiada keistimewaan selain hanya diberi pinjaman oleh Pencipta kita. kalu dulu tak baca al-quran lama ja mesti ada mak tuk ingatkan baca kitab umat islam yang satu.tapi sekarang kalu hanyut dengan dunia dah x da mak untuk ingatkan diri ini yang sentiasa lupa untuk berbuat kebaikan....dulu tak nak hargai seorang ibu walaupun aku mungkin tak pernah mak tapi dari perbuatan aku tentu mak kecik ati ngan aku...aku ni ntah la nak cakap perangai mcam mana pun tak tau....ya allah semoga mak ditempatkan dikalangan orang2 beriman....dan semoga kami sekeluarga diberi hidayah oleh ALLAH dan kekal dengan HIDAYAH ini sampai akhir nyawa...engkau berilah kami kebahagian dan murahkan rezeki kami dan berikan kami rezeki mu yang halal.engkau permudahkan kan lah urusan hambu, dan senag hambu ini memahami ilmu yang dipelajari dan sentiasa istiqomah dalam melakkukan kebaikan yang diredhai olehMu.engkau permudahkan juga jodoh hamba mu ni dengan jodoh yang baik yabg dapat membimbing hamba mu ini ke jalan yang engkau redhai.yang dapat membahagian hambamu ini dari segenap segi dn dapat menyenangkan hati semua sanak saudara .

Monday, 20 May 2013

SOMBONG SATU AMALAN YANG TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN ROHANI



1
Assalamu'alaikum wbt.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

sekian....semoga dapat pengajaran dari bacaan ini..