Sunday, 8 September 2013

klu dia post mesti ada ja kat wall

apa maksudnya......
kadang2 aku terpikir gak n tertanya2 pada diri...ada petunjuk ka semua ini...
nak kata aku suka kat dia...macam tak betul pun ada gak...lagi dua minggu bleh la jumpa dia..hahahah
ada hati jugak kat dia ekkkkk
;)
 besok semua student uitm akan bermula kelas...aku n kawan2 sekelas still kna praktikal dan berjuang untuk semester terakhir.h....harap2 ku akan boleh menaikkan pointer pada semester yang akan masuk ini...

duit ptptn masuk awal gila sem ni.....
tapi kena wat preparation awal...seribu seratus lima puluh dah simpan dalam tabung haji..tu duit asb mak aku aku cash kan ari tu...balik ni ingat nak buka akaun asb la....

hutang siti ada lagi 400 n duit yang atin masuk dalam akaun tuk perbelanjaan masa praktikal dam nasa sesak ari tu dalam 400 gak kot...nasib la aku ada adik2 yang pandai simpan duit dan tak boros macam aku....thanks a lots my sisters....walaupun aku sebagai kakak pun tak dapat menolong depa...depa yang banyak menolong aku ....

satu ja harapan aku sekarang....aku nak cari keja terus n tolong2 adik2 kat umah....nak harapkan abah macam tak tau nak kata.......

semua kena pandai2 bwak diri ja sekarang....klu pikirkan masalah mau boleh tak betul ja....tu la masa da mak tak nak hargai....bila dah tak ada bru terasa betapa (tak terluah dengan kata2)

Saturday, 7 September 2013

setelah lama mencari

setelah lama tidak menjengah disini...
bukan sebab mals nak tulis tapi cos lupa pasword n id nak msuk ini blog....hehehehe
mengadakan...

dah dekat 3 bulan kot tak menulis atau merapu kat sini....
hari ini tiba2 lak terjumpa balik blog sendiri...

sudah hampir dua bulan berpraktikal di UMT, terengganu....
banyak benda baru yang boleh blajar kat sini terutama sekali pasal akuakulture yang hanya sedikt yang belajar didalam kelas..even buat fyp pasal aquakuture pu x la pham sangat pasal tajuk fyp sendiri.....

Tuesday, 11 June 2013

HARI KETIGA DI UITM KUALA PILAH

cerita ni dapat kat myhappy..best untuk dikongsi
###################################################################################

SEBIJI BURGER BOLEH MENJADI TELADAN KEPADA KITA

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya. 

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah. 

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… 

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. 

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu. 

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah. 

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata… 

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger. 

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya. 

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi. 

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh. 

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu. 

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya. 

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir… 

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.” 

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.” 

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari… 

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya. 

Fidah terus menangis di tangan maknya… 

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan. 

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita? 

Saturday, 8 June 2013

mencari kata2 peransang

ARTI KETULUSAN KETIKA MENCINTAI

Wanita : Jangan jadikan aku sebagai makmum-mu.
Lelaki : Tidak! Aku sudah berketetapan hati menjadikan Ukhty sebagai makmumku.

Wanita : Tidakkah engkau tahu, dulu aku banyak dipeluk lelaki lain?
Lelaki : Aku tidak peduli. Akulah lelaki terakhir yang akan memelukmu dengan penuh kasih sayang.

Wanita : Kamu adalah bukan cinta pertamaku.
Lelaki : Akan aku jadikan engkau cinta terakhirku.

Wanita : Ketahuilah sudah banyak lelaki yang pernah menyentuh tubuhku.
Lelaki : Aku juga tak peduli. Karena yang aku inginkan adalah untuk menyentuh hatimu.

Wanita : Banyak juga lelaki yang menganggapku sebagai pelacur.
Lelaki : Tapi aku menganggapmu wanita yang baik. Dan akan membawamu menjadi makmum yang terbaik.

Wanita : Aku adalah wanita tak pantas untuk dicintai lelaki sebaik dirimu!! Aku juga tak cantik seperti mereka!!" ucapnya sambil terisak berurai air mata.

Lalu lelaki itumenatap mata wanita tersebut dalam-dalam, sambil tersenyum ia berkata :

"Aku bukanlah Lelaki yang hanya ingin mencintai kecantikanmu, tapi yang aku cintai adalah hatimu. Semata-mata bukan karena yang lain. Akan tetapi tulus aku mencintaimu karena Allah SWT."

Bismillah.. Gabung Yuk di Fp ini : Kaligrafi untuk membaca : " ‘BERLARI’ SECEPAT NABI MUHAMMAD SAW: Menembus Batas Langit Perjalanan Isra Mi’raj"

Insya Allah Bermanfaat

Friday, 7 June 2013

29 rejab

assalamualaikum...
nak menulis disini tetapi malas nak menaip dan tak tau nak meluahkan mcam mana...hari ini jumaat datang lagi.cepat sungguh masa berlalukan...pejam celik-pejam celik dah nak dekat final exam..rasa macam baru ja masuk u tuk sem ni-----  tau tau dah nak abis..hari ini berlaku mcam2 kot...aku tak tau apa yang berlaku pada aku..aku ini terlebih gedik atau apa rrrr.ya allah engkau berilah petunjuk kepada aku yallah..engkau jadikan aku seorang pelajar yang lebih bertanggungjawab ya allah ..anak yang boleh berkongsi segalanya dengan family..tapi ya allah aku rasa tak mampu untuk  menggharungi hidup ini..aku mcam cuba menidakkan hukum mu yallah..aku amat takut kepada dunia yang kejam ini yallah..tapi aku lagi tak sanggup untuk menerima siksaan mu disana ya allah...puas kali ini tanpa mak...dulu sebelum puasa aku sakit teruk..adamak untuk jaga tapi aku tak hargainya pun..aku bukannya pandai nak tuuunjukkan perasaan kasih sayang yang ada dalam diri ini,....ya allah engkau bantulah hamba mu ini dalam mengharungi hidup yang penuh dengan tipu daya ini ya allah...........

Wednesday, 29 May 2013

 Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini, Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan beryukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur!

 Tatkala diri kita jatuh tersungkur...hanya pada allah tempat kita mengadu...tatkala diri kita dilanda kesunyian hanya pada allah tempat kita meluahkan perasaan...tatkala diri kita dihina,dipandang rendah oleh orang lain hanya pada allah tempat kita meraih kekuatan....ujian yg datang sememangnya pahit untuk ditelan tetapi tanpa ujian dariNya tak mungkin kita akan matang dalam kehidupan...bersabarlah dengan ujian yg diturunkanNya kerana kelak kemanisan pasti milik kita

Photo

Thursday, 23 May 2013

14 REJAB 1434

jumaat...dah masuk 14 rejab pun...sat sangat masa berlalu..bulan puasa yang bakal menyusul lagi dua bulan...ramadan kali ini tanpa mak dirumah...semua dalam perancangan ALLAH S.W.T .kita hanya manusia biasa yang tiada keistimewaan selain hanya diberi pinjaman oleh Pencipta kita. kalu dulu tak baca al-quran lama ja mesti ada mak tuk ingatkan baca kitab umat islam yang satu.tapi sekarang kalu hanyut dengan dunia dah x da mak untuk ingatkan diri ini yang sentiasa lupa untuk berbuat kebaikan....dulu tak nak hargai seorang ibu walaupun aku mungkin tak pernah mak tapi dari perbuatan aku tentu mak kecik ati ngan aku...aku ni ntah la nak cakap perangai mcam mana pun tak tau....ya allah semoga mak ditempatkan dikalangan orang2 beriman....dan semoga kami sekeluarga diberi hidayah oleh ALLAH dan kekal dengan HIDAYAH ini sampai akhir nyawa...engkau berilah kami kebahagian dan murahkan rezeki kami dan berikan kami rezeki mu yang halal.engkau permudahkan kan lah urusan hambu, dan senag hambu ini memahami ilmu yang dipelajari dan sentiasa istiqomah dalam melakkukan kebaikan yang diredhai olehMu.engkau permudahkan juga jodoh hamba mu ni dengan jodoh yang baik yabg dapat membimbing hamba mu ini ke jalan yang engkau redhai.yang dapat membahagian hambamu ini dari segenap segi dn dapat menyenangkan hati semua sanak saudara .